PERNYATAAN MASALAH



           Tajuk Kapasitor merupakan satu tajuk baru bagi para pelajar jurusan Sains yang mengambil kursus Fizik dalam Program Matrikulasi. Banyak pengetahuan baru yang perlu para pelajar dalami bagi tajuk ini menyebabkan meraka berasa Kapasitor merupakan satu tajuk yang sukar. Selain daripada memahami fungsi kapasitor yang mampu menyimpan cas, pelajar juga sukar memahami apa yang berlaku kepada kapasitor semasa proses pengecasan dan penyahcasan dimana kapasitor ini pula boleh dibahagikan kepada kapasitor berisi udara (air-filled capacitordan kapasitor berserta dielektik.




       PdP Inovatif yang dijalankan oleh kumpulan kami adalah untuk memberikan satu illustrasi yang lebih jelas kepada para pelajar bagi melihat proses yang berlaku kepada dua jenis kapasitor ini semasa proses pengecasan dan penyahcasan. Oleh yang demikian, kami telah membina 'Model ASK' sebagai analogi model maujud agar pelajar dapat menggambarkan proses pengecasan dan penyahcasan yang berlaku keatas kepasitor. Seterusnya, dengan model ini, pelajar diharapkan dapat membuat perkaitan secara kualitatif kesan kepada nilai cas dan beza keupayaan kepada kapasitor apabila melibatkan dielektrik.







➤Nama Model ASK terhasil daripada cetusan idea
dimana pelajar boleh menggunakan model ini untuk
menjawab PERTANYAAN mereka terhadap masalah
sukar untuk memahami proses pengecasan dan
penyahcasan kapasitor apabila melibatkan dielektrik.
Nama Model ASK ini juga terhasil daripada cetusan idea
daripada kesemua ahli kumpulan kami iaitu Aishah,
Saedah dan Khajar. 😄😇

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN PENULIS

Pengenalan Penulis Butiran Diri Penyelidik 1: ✿ Nama : Wan Aishah binti Wan Harun ✿ Tarikh Lahir : 30 Mei 1989 ✿ Berkahwin dan me...